|
 |
|
|
 |
Menu |
 |
|
|
|
|
|
|
|
| Antivirus Percuma Terbaik |
|
Mutakhir ini serangan virus, trojan, worm,
spyware dan seumpamanya makin menjadi-jadi. Ia bukan sahaja merunsingkan
pengguna komputer malah sekaligus menakutkan.
Apa tidaknya,
komputer yang penuh dengan data dan maklumat penting boleh musnah dengan
sekelip mata apabila komputer terpaksa difromat lantaran diserang oleh
anasir tersebut.
Tidak boleh tidak, pemasangan perisian Antivirus
merupakan satu kemestian. Persoalan timbul, Antivirus mana yang
terbaik? Saya cuba membuat ujian terhadap 5 perisian Antivirus percuma
yang boleh dimuat-turun dari website pereka perisian berkenaan.
Saya
tidak mengambilkira perisian Anti-virus berbayar kerana ia tidak
termampu oleh kebanyakan pengguna dan saya tidak menggalakkan sebarang
penggunaan perisian yang di"crack"kan kerana pada bila-bila masa
perisian yang di pecahkan koding itu boleh berinteraksi dengan
pemiliknya melalui fail rahsia yang tidak disedari oleh penggunanya.
Saya
membuat analisa setelah menjalankan perisian ini di komputer yang
berisi lebih 15GB data setiap satu.
Berikut ialah hasil kajian
saya. Ia mengikut turutan dari yang paling saya gemari kepada yang
kurang saya gemari.
AOL ACTIVE VIRUS
SHIELD
Site: http://www.activevirusshield.com
Saiz
: 14,263 kb Nilai :
Perisian antivirus percuma ini didasarkan kepada
salah satu program antivirus berbayar terbaik iaitu - Kaspersky
Antivirus, dan mengimbas dengan cemerlang serta melakukan kemaskini
secara automatik dari makmal Kaspersky. Saya mendapati kadar
pengesanan virus.gr : 99.62%; dengan 16GB data ia menimmbas selama 31
min, 16 saat; jumlah fail : 224,565.
Ulasan beberapa pakar
mendapati AOL Active Virus Shield ini diberikan taraf 5 bintang
contohnya http://www.vnunet.com
dan PC
Authority, manakala CNET
Review dan ZDNET
Review memberikan nilaian VERY GOOD kepada perisian ini.
AVAST 4 HOME EDITION
Site: http://www.avast.com
Saiz
: 13013 kb Nilai :
Avast! Home Edition ialah satu pakej anti-virus yang
lengkap, percuma untuk pengguna persendirian. Ia mempunya dua antaramuka
- untuk novis dan untuk pengguna mahir), Pengimbas virus dengan
Standard Shield (yang melindungi komputer dari membuka dan melaksanakan
progam malware) dan juga pengimbas email yang akan mengimbas semua email
yang masuk atau keluar. Avast! Home boleh juga diakses di Windows
Explorer dengan menu butang kanan tetikus dan juga didatangkan dengan
screen saver istimewa yang boleh mengimbas sistem sewaktu komputer anda
tidak aktif. kemaskini begitu mudah dan pantas. Perisian ini ialah untuk
demo 60 hari dan anda boleh terus menggunakannya secara percuma tanpa
tamat tempoh dengan mendaftar di lamanwebnya untuk mendapatkan kunci
pengaktifan percuma melalui email.
BITDEFENDER
8 FREE EDITION
Site: http://www.bitdefender.com
Saiz
: 13493 kb Nilai :
BitDefender Free Edition mengandungi pengimbas virus,
pengemaskinian dalam talian tetapi tidak malangnya di versi percuma, ia
tidak mempunyai pengimbas secara "real-time" dan juga tidak mengimbas
email Ia akan mengimbas fail dengan pantas termasuk fail-fail arkib
seperti zip dan boot sector. Ia juga boleh di akses dari Windows
Explorer dengan mengklik butang kanan.
AVIRA
ANTIVIRUS
Site: http://www.free-av.com/
Saiz
: 14076 kb Nilai :
Freeware ini adalah satu-satunya antivirus percuma
yang yang agak baik. Antivirus yang satu ini dapat melindungi PC anda
dari serangan virus hingga mencapai 80.000 jenis varian virus termasuk
virus macro dan trojan beserta variannya. Kekurangannya adalah tidak
tersedianya kemaskini secara automatik, sehingga Anda harus melakukan
mengemaskini secara manual. Dengan begitu resource pada PC Anda tidak
habis terpakai oleh aplikasi ini.
AVG 7.5
FREE EDITION Site : http://www.grisoft.com
Nilai
: Ukuran : 12.7 MB
Tidak banyak antivirus
percuma yang boleh bekerja sehebat AVG 7.5, maka dari itu freeware ini
saya masukkan dalam salah satu jajaran freeware terbaik 2007. AVG 7.5
memiliki berbagai kelebihan seperti kemaskini automatik, melindungi PC
anda dari serangan virus secara mendadak dan yang paling menarik adalah
kemampuan antivirus ini dalam melakukan scan e-mail yang ada di dalam
e-mail client anda dan dapat mengintegrasikan AVG 7.5 dengan e-mail
client anda. Namun dari ujian yang dilakukan masih banyak juga virus
yang terlepas dari imbasan program ini. Jadi kami tidak dapat
merekomenkan sepenuhnya perisian ini seandainya anda seroang pengguna
komputer yang aktif.
|
|
Posted by admin on Saturday, February 06 @ 19:08:41 MYT (0 reads)
(comments? | Score: 0) |
|
|
|
|
|
All trademarks and copyrights held by respective
owners. Member comments are owned by the poster.
All the rest © 2010 kaki5.org
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
|
|
|
|
|
|